Ahad, 30 Ogos 2015

KEISTIMEWAAN KURIKULUM PERMATA NEGARA


i) Ianya satu kurikulum yang mengintegrasi secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik. 

ii)Ia menekankan kepada amalan sentuhan dan belaian mesra dan kasih sayang yang mampu melahirkan insan yang ceria, positif dan yakin diri. 

iii)Ia menggalakkan interaksi dengan kanak-kanak yang dapat membina kemahiran sosial dan penguasaan bahasa – bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

iv)Ia mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran semula jadi, tradisi dan budaya pelbagai kaum di Malaysia yang dapat melahirkan warganegara yang toleren dan inklusif.

v)Ia membolehkan pengesanan dan intervensi awal dilakukan melalui kaedah pemerhatian secara berterusan dan perancangan aktiviti yang bersesuaian mengikut peringkat umur dan kebolehan kanak-kanak.

vi)Ia menitikberatkan kepentingan amalan pemakanan sihat,bersih dan berkhasiat untuk kanak-kanak.

vii)Ia mewajibkan kolaborasi ibu bapa dengan TASKA untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak, dan kesinambungan asuhan dan didikan awal di TASKA dan di rumah.

viii)Ia memastikan penglibatan komuniti sebagai satu kolaborasi dan tanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan, asuhan dan didikan awal yang terbaik dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.

ix)Ia memberikan perhatian kepada aspek keselamatan kesihatan dan kecergasan kanak-kanak – yang akhirnya melahirkan insan yang mengamalkan gaya hidup sihat.

x)Ia menyokong pembangunan profesionalisme pendidik.

CIRI-CIRI ANAK PERMATA NEGARA


Bersahsiah Mulia dan Patriotik  
i)     Baik akhlak dan tingkah laku, sopan santun dan                                                berperibadi luhur.
ii)    Dapat mengawal emosi, ceria, mesra, penyayang,                                           berempati.
iii)   Beriman.
iv)   Menghormati budaya dan identiti bangsa.
v)    Sayangkan Negara.


Mahir Berkomunikasi
i)    Boleh berkomunikasi dalam pelbagai keadaan.
ii)   Menguasai ekspresi verbal dan bahasa reseptif.
iii)  Menunjukkan peningkatan dalam penguasaan literasi awal.
iv)  Mempunyai kemahiran berbual dan faham adab berbual.
v)   Memahami Bahasa Inggeris dengan mudah.

Kompeten Belajar
i)     Boleh memberi fokus dan perhatian semasa belajar.
ii)    Inkuisitif dan bermotivasi belajar.
iii)   Pandai membina jaringan.
iv)   Resilien. 
Yakin, Berdikari dan Berjati Diri
i)     Mempunyai konsep kendiri positif.
ii)    Mampu mengurus diri.
iii)   Berani mencuba dan mengambil risiko.

Kreatif dan Inovatif
i)     Suka merekacipta dan imaginatif.
ii)    Kreatif menyelesaikan masalah.
iii)   Menghayati nilai seni dan keindahan.



MATLAMAT KURIKULUM PERMATA NEGARA


   Matlamat Kurikulum PERMATA Negara ialah untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik, dan mengamalkan gaya hidup sihat. 

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak


   Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat. Ia berdasarkan tahap umur kanak-kanak itu. Di peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-Kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang berumur bawah 4 tahun. Peringkat kedua pula ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika sebenarnya adalah Taman Didikan Kanak-Kanak. Manakala, bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-Kanak ataupun Tabika secara ringkasnya. Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun sebelum masuk ke Tahun 1 di sekolah formal.

Sejarah Tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia

Sebelum Merdeka

  • Pendidikan awal kanak-kanak diselenggarakan oleh pihak gereja, swasta atau individu.
  • Dipengaruhi oleh sistem pendidikan British.
  • Tertumpu kepada anak orang Bangsawan, orang kaya yang tinggal di bandar.
  • Kanak-kanak di luar bandar tidak mendapat pendidikan awal.

Selepas Merdeka
  • Pada tahun 1969, ada satu peruntukan yang dinamakan Asia Foundation diberi kepada 'Malaysia Works Corps'.
  • Untuk menubuhkan Model Prasekolah dengan mencontohi program Heard Start di USA.
  • Melibatkan 3 buah kampung di Selangor.
  • Sasarannya ialah kanak-kanak pelbagai kaum dari golongan berpendapatan rendah.